Red Indian Sesat

Red Indian Sesat

Pada zaman dahulu 3 orang Mat Salleh telah tersesat ke benua Amerika. Seorang bernama John, Smith, dan Colt. Mereka bertiga ini adalah pelayar yang amat suka akan ekspedisi menjelajah ke ceruk rantau dunia. Setelah melabuhkan kapal mereka, mereka pun menghampiri pantai. Sebenarnya mereka tidak sedar bahaya yang sedang menanti mereka di tepi pantai.

Sekumpulan Red Indian dari suku kaum Sioux dengan menanti dengan penuh ketidak sabaran. Dengan rasa gembiranya, John, Smith, dan Colt segera mendayung perahu untuk menjejak kaki ke pantai. Selain itu mereka juga ingin mencari bekalan air yang semakin berkurangan. Keputihan pantai menggamit hati 3 orang Mat Salleh itu untuk segera sampai.

Sebaik sahaja mereka sampai ke pantai, sekumpulan pahlawan Sioux telah menangkap dan mengikat mereka tanpa belas kasihan. Mereka dianggap penceroboh. Mereka bertiga dihadapkan kepada ketua suku kaum tersebut yang digelar Teddy Bear. Teddy Bear dengan muka masam mencuka telah mengarahkan agar ketiga-tiga penceroboh itu dibunuh.

Dagingnya akan dipanggang untuk santapan ramai dan kulit mereka akan dijadikan kayak. Namun begitu melalui jurubahasa, Teddy Bear telah memberikan pilihan kepada ketiga-tiga Mat Salleh tersebut cara mana mereka hendak dibunuh. Smith berkata, “Tuan Teddy Bear, panah sahaja jantung saya agar cepat ajal saya,” John pula, “Hempapkan batu besar ke atas kepala saya supaya nyawa saya segera bercerai nyawa dari badan,”

Colt pula meraba-raba poket seluarnya dan mengeluar sebilah garpu. “Tuan Teddy Bear, bunuhlah saya dengan menikam seluruh badan saya dengan garpu ini. Walaupun saya akan lambat mati itulah pilihan saya,” John dan Smith kehairanan dengan permintaan Colt. Secara berbisik Colt berkata, “Biar padan muka Teddy Bear dan pengikutnya itu. Bila mereka membuat kayak dari kulit aku, kayak itu akan karam kerana bocor akibat tusukan garpu ini,”

Leave a Reply