Melayu Tanya Jalan Dengan Pak Arab

Melayu Tanya Jalan Dengan Pak Arab
Ada 3 orang melayu melancong ke yaman. akibat tak tahu jalan..mereka semua tersesat.. kereta pacuan 4 roda mereka pula tiba-tiba mati. Sebabnya minyak habis. Oleh kerana pada waktu itu jurubahasa tak ada, maka cakap arab pun ikut yang ingat aje.
ketika beberapa orang kampung pun datang nak tolong. Seorang dari mereka berkata sambil menepuk bonet kereta “Engine – Innalillahhiwainalillahiroji’un “.
Seorang lagi berkata sambil menunjuk lubang tangki minyak Petrol – “Sodaqallah hul azim”.
Yang sorang lagi lak kononnya nak tanya arah jalan. Pikir punya pikir dia pun teringat satu kelas tafsir yang dia pernah ikut….
Dia pun tanya pak arab ni… ” Ana fi dhala limmubin ” (terjemahan – Saya dalam kesesatan yang nyata..)
Dia sambung lagi ” Ihh dinassira thal mustaqim ” (terjemahan – Tunjukkan kami jalan yang lurus..) pak arab tu pun tepuk dahi… MasyaAllah….